The Perfect Looks

Contact Lens NEW ARRIVAL!! Order Sila Sms @ Inbox Saye Kat theperfectlooks@gmail.com

update: 17 April 2011

Siapa??

Siapa yang layak untuk membantu anda?



Pemeriksaan mata yang betul dan tepat adalah penting dalam memilih “contact lense” yang sesuai kerana ianya dimasukkan ke dalam mata.

Infeksi, inflamasi, dan pelbagai masalah boleh terjadi pada mata anda. Walaupun sekarang anda membelinya secara online, tapi adalah lebih selamat jika anda membuat pemeriksaan mata dengan doctor yang berkualiti.

Doktor mata akan mengesyorkan pada anda dari segi penyelenggaraan, masa untuk memakainya, cara membersihkan dan “contact lense” yang bersesuaian dengan masalah anda. Oleh itu, anda sebagai pengguna yang bijak perlu menjalani pemeriksaan mata sebelum membeli “contact lense”!



Siapa yang boleh memakai “contact lense”?



Bukan semua orang yang memakai cermin mata boleh menggunakan “contact lense”. Pengguna yang mempunyai sejarah jangkitan mata atau alergi yang teruk berulang berpotensi untuk menghadapi banyak masalah dengan “contact lense”. Begitu juga dengan pengguna yang mempunyai pengeluaran air mata yang sedikit dan kandungan lendir yang tinggi dalam air mata. Pengguna yang bekerja di persekitaran yang berdebu dan kotoran atau pengguna yang memerlukan kanta khusus di cermin mata mereka mungkin tidak boleh memakai “contact lense”.

Kejayaan penggunaan “contact lense” bergantung kepada factor-faktor utama seperti berikut: 

1. 1. Pemilihan optometrist (pakar mata) yang berpengetahuan dan berpengalaman dengan “contact lense”
2. 2. Adaptasi melalui kanta
3. 3. Mengikut arahan untuk pemakaian dan penyelengarran “contact lense”
Image and video hosting by TinyPic