The Perfect Looks

Contact Lens NEW ARRIVAL!! Order Sila Sms @ Inbox Saye Kat theperfectlooks@gmail.com

update: 17 April 2011

InFo dan Maklumat Tambahan

Info Kepada Anda Yang Memakai "Contact Lens"

Kepada semua pelanggan yang dihargai, sila pastikan bahawa anda telah membaca, memahami dan mengikuti syarat-syarat yang dinyatakan di bawah sebelum anda membeli contact lens di blog ini. Disini ingin dinyatakan bahawa kami tidak bertanggungjawab di atas hal-hal atau masalah-masalah yang boleh berlaku seperti jangkitan, inflamasi, “corneo warping” dan sebagainya.

Terima kasih atas kerjasama anda.


Maklumat Tambahan

Periksa ‘contact lense” untuk memastikan kanta anda sentiasa dalam keadaan baik setiap hari. Jangan gunakan jika kanta anda koyak atau berubah bentuk. Anda harus memastikan kanta anda sentiasa lembap dan sewaktu menggunakan kanta, mata anda boleh melihat dengan jelas, mata tidak terlalu merah. Jika mengalami ketidakselesaan, penglihatan kabur dan mata kemerahan, periksa kanta yang tertumpu dan tidak terbalik. Bilas kanta dengan hati-hati dan masukkan kanta ke mata kembali. Jika masih mengalami ketidakselesaan, kabur dan kemerahan masih berterusan, berhenti menggunakan kanta tersebut dan hubungi doctor pakar mata anda.
Sekiranya anda mengalami salah satu simptom-simptom berikut, sila segera menghubungi doktor pakar mata anda:
1.    - Alergi, inflamasi, jangkitan atau iritasi di dalam atau sekitar mata ataupun kelopak mata anda.
2.    - Ketika anda mengalami masalah kesihatan seperti demam atau flu yang teruk.
3.    - Apabila menggunakan ubat terutamanya ubat mata.
4.    - Ketika sentiasa berada dalam persekitaran yang sangat kering, berasap, tercemar dan berdebu membuatkan anda tidak selesa menggunakan kanta.
5.    - Menyertai sukan air yang tidak menggunakan cermin mata.
6.    - Mata berair berlebihan.
7     - Sakit.
Image and video hosting by TinyPic