The Perfect Looks

Contact Lens NEW ARRIVAL!! Order Sila Sms @ Inbox Saye Kat theperfectlooks@gmail.com

update: 17 April 2011

Penjagaan mata dengan “contact lense”.

Penjagaan Mata Dengan "Contact Lens"


Pasang ‘contact lense” anda terlebih dahulu sebelum memasang alat solek (make up). Berhati-hati ketika bersolek untuk mengelakkan alat solek masuk kedalam ‘contact lense”. Gunakan alat solek yang tidak berminyak dan elak eyeliners di dalam garisan kelopak mata. Apabila menggunakan semburan aerosol seperti “hairspray”, sembur dari jauh dan tutup mata anda. Keluarkan ‘contact lense” anda sebelum menanggalkan (make up) dan pastikan krim pembersih anda tidak terkena pada “contact lense”.
Bahan Kimia.
Semua jenis bahan kimia pembersih atau racun perosak yang tersentuh pada ‘contact lense” anda boleh diserap dan sebaiknya “contact lense” itu tidak lagi digunakan. Jika terkena dengan bahan kimia semasa anda menggunakan “contact lense”, siram dan bilas mata anda dengan larutan atau tekanan air seterusnya berjumpa dengan doktor dengan segera. Jangan gunakan kanta tersebut lagi!!! Jika anda mempunyai keraguan atau pertanyaan, sila rujuk dengan doktor mata anda.
Tidur. 
Jangan tidur atau melelapkan mata walaupun sebentar saja ketika memakai ‘contact lense”!
Penjagaan Mata anda dengan “contact lense”.
Elakkan masalah mata anda dengan membersih dan disinfek “contact lense” anda dengan berhati-hati. 




Penjagaan dan Pemeliharaan “Contact Lense” lembut.

Membersihkan kanta anda secara rutin selepas memakai sangat penting untuk mengelakkan kanta menyebabkan komplikasi. Air mata, asap, atau krim tangan membentuk sebuah imej pada kanta, dan jika tidak dibersihkan akan menyebabkan ketidakselesaan, alergi dan jangkitan. Adalah penting untuk kanta dibersihkan ketika di buka sebelum protein terkumpul ke permukaan kanta. Sekiranya protein terkumpul pada permukaan kanta membersih tidak lagi berkesan.

Ini adalah langkah dalam membersihkan kanta:


1. - Cuci dan keringkan tangan anda, letakkan kanta di telapak tangan, bubuh beberapa titik “solution” disinfektan ke kanta.

 2. - Gosok kanta dengan lembut menggunakan jari.

 3. - Bilas kanta dengan “solution” saline steril atau disinfektan.
      (JANGAN SESEKALI MENGGUNAKAN AIR PAIP)  

 4. - Simpan kanta ke dalam case dengan “solution” disinfektan yang betul. Sentiasa pastikan kanta terendam sepenuhnya dengan “solution”.(Case “contact lense” ini harus dibilas dan kering setiap hari.)
Image and video hosting by TinyPic